Archive for the ‘Album Perkahwinan’ Category

Majlis Bertandang Yusran dan Ros | Kutan, P.Mas Kelantan|18/7/2009

Julai 21, 2009

Majlis Bertandang Yusran dan Ros di Kutan, Pasir Mas pada 18/7/2009 yang berlansung dengan simple dan meriah… Selamat Pengantin Baru Buat Yusran dan Ros dan terima kasih jugak sbb memberi kepercayaan kepada saya untuk merakamkan detik istimewa hari bersejarah…. sebenarnya Yusran ni kawan saya dan dia jugak photographer…hehehe… jd dia pun tahu tentang selok belok kerja photographer…hehehe…aper2 pun…. harap sukalah dengan hasil keje nih…

Majlis Bertandang Nakif & Aishah|6/6/2009|Salor P.Mas Kelantan

Jun 8, 2009

Majlis Bertandang Nakif dan Aishah yang berlansung dengan simple tetapi meriah…dengan rombongan dari keluarga aishah yang datang dari jauh…iaitu Kota Tinggi Johor… semoga perjalanan balik keluarga aishah selamat smpai ke destinasi… tetamu yg datang mmg tidak putus… kelaurga pengantin mmg sporting…layanan yang baik daripada keluarga nakif pada photographer yang tak seberapa….hehehehe…harap enjoice dengan koleksi kali ini…..

‘Royal Wedding Dinner’ Dr Munzir dan Puteri Intan Zarith Kota Bharu Kelantan

April 14, 2009

‘Royal Wedding Dinner’ dan Majlis Bertandang Dr Munzir dan Puteri INtan Zarith yang berlansung pada 21/3/2009 yang berlansung di kediaman Dato PKN Negeri Kelantan di Wakaf Che Yeh dan 22/3/2009 yang berlansung di Grand River View. Majlis yang di hadiri oleh KDYMM Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan serta Tengku Mahkota, Tengku Temenggong  dan Isteri serta Puterinya Tengku Amalin Aishah. Tahiah kepada kedua-dua mepelai..semoga bahtera yang dibina berkekalan dan tabah menhadapi dugaan yang mendatang… disini saya ingin memohon maaf  jikalau di sepanjang perjalanan Majlis serta didalam menyediakan album majlis ini ade kerumitan yang tidak disengajakan. Harap pihak Dr Munzir dan Isteri berpuas hati dengan hasil kerja kami yang tak seberapa… Sekian Terima Kasih.

 

 

 

 

Photographer2 yang menembak pada Royal wedding Dinner..Terima Kasih kepada E’, Adi, Rizal Tahir, Syam Khaleefa, Dallee, P’ dan Aku sendiri (ayie) dan 2 org Kuantan photographer.

Perkahwinan Sarah dan Iman|15 Mac 2009|Pasir Mas

April 14, 2009

Selamat Pengantin baru kepada Sarah dan Iman yang selamat diijabkabulkan pada 15/3/2009… Majlis akad nikah yang di akad oleh bapa Sarah sendiri… semoga kedua mempelai bahagia hendakNya selamanya… Terima Kasih kepada kedua mempelai kerana memberi kerjasama dalam merakamkan detik bahagia mereka… Tak lupa juga kepada Famili Sarah yang memberi layanan dan kerjasama yang baik sekali… (jangan lupa jemput yer bila nak buat Majlis akikah nnt…hehehe)

disini aku uploadkan beberapa gambar untuk tatapan pengantin dan sesiapa yang melawat blog saya..TQ

Diharap semua dapat mmberi pandagan atau komen disini…


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.